Monday 28 March 2011

Tujuan / Matlamat Dalam Penubuhan Persatuan Payong Negeri Pulau Pinang

Ya rakan-rakan blogger sekalian, tahukah kalian bahawa tujuan/ matlamat dalam penubuhan Persatuan Payong Negeri Pulau Pinang? Jom kita semak!

Antara tujuan utamanya adalah seperti berikut:~
  •  Mewujudkan "One Drop Centre" yang akan menjalankan aktiviti informasi, pembelajaran dan komunikasi (ICE-Information, Education and Communication Centre) untuk kumpulan sasar dan komuniti.
  • Menyokong dari segi emosi kepada kumpulan sasar Pertubuhan.
  • Menyediakan tempat berteduh sementara setelah bebas dari Pusat Serenti, Penjara atau kumpulan sasar yang tersisih.
  • Mengurangkan sifar penggunaan dadah dan penyakit berjangkit terutama HIV/AIDS, STI, TB, Hepatitis dan lain-lain.
  • Mencapai kemudahan rawatan kesihatan kepada kumpulan sasar.
  • Mewujudkan budaya kerja dikalangan kumpulan sasar supaya mampu berdikari. 
Macam mana? Jelas dengan matlamat penubuhan Persatuan Payong Negeri Pulau Pinang nih? Atau masih perlukan penjelasan?

Berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut, lehlah diemailkan kepada :

payong.pg@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...